Pilih Lebih Banyak, Bayar Lebih Sedikit. Borong Bersama Kami !
PENJIMATAN KOS
Dapat menikmati harga yang lebih rendah kerana pelanggan membeli dalam kuantiti besar. Ini membantu untuk mengurangkan kos per unit dan meningkatkan margin keuntungan.
PILIHAN PRODUK YANG LUAS
Menawarkan pelbagai produk dalam satu tempat. Ini memudahkan pelanggan untuk memilih dari berbagai pilihan produk dan memenuhi keperluan berbeza mereka dalam satu transaksi.
HUBUNGAN JANGKA PANJANG
Pelanggan yang membeli secara borong cenderung untuk menjalin hubungan jangka panjang dengan pembekal. Ini membina kestabilan dalam bekalan dan membolehkan negosiasi harga yang lebih baik dalam jangka masa panjang.
PELUANG PERNIAGAAN BERSAMA KOPEMAS
Pemborong peruncit berfungsi sebagai pembekal beraneka jenis barangan untuk memudahkan peruncit tidak perlu mendapatkan bekalan stok daripada pelbagai pengeluar dari merata-rata tempat.
Pemborong juga memberi kemudahan kredit kepada peruncit iaitu menangguhkan bayaran atau hutangnya sehingga barang itu dijual kepada pengguna.
Pemborong mampu merancang modal pusingan dengan sempurna serta menyediakan perkhidmatan menghantar barang kepada peruncit dan peruncit tidak perlu menyediakan kenderaan sendiri.
Oleh itu, peruncit dapat menjimatkan kos pengangkutan dan masa.
Pemborong sentiasa menyimpan stok yang mencukupi dan membolehkan peruncit mendapat bekalan secara berterusan serta tidak lupa dalam memberi maklumat dan nasihat berkenaan barang baru kepada peruncit.
KOPEMAS Juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan muda yang ingin memulakan perniagaan melalui “PAKEJ BORONG” yang telah disediakan oleh Koperasi Emas Tawau Sabah Berhad. Ini pasti akan memudahkan usahawan-usahawan untuk memulakan perniagaan mereka.
